Al Falah Homestay (Padang Matsirat)

(Scroll Down For Articles)







Al Falah Homestay (Padang Matsirat)




Lokasi: Padang Matsirat. 5 minit dari airport. 15 minit dari pantai Chenang. 20 minit ke pekan Kuah (Jetty).

Unit available: 2 unit homestay.

Jumlah Bilik: Setiap unit ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Katil: setiap bilik ada 3 katil queen.

Check in: Selepas 2.00 petang.

Check out: sebelum 12.00 tengahari



Kelebihan

-Air cond untuk semua bilik tidur (3 bilik)

- Penyidai baju

-TV (Astro Njoi)

-Asas (Tuala, Sabun, Shampoo, toilet paper)

-Sejadah

-3 katil saiz queen yang selesa

-Dapur (Stove, Rice cooker)

-Iron +Ironing board

-1 Sofa Bed (Sofa bertukar jadi katil)

-Mesin basuh manual

- Peti ais


Yang tidak disediakan

-Wifi



0125393422 (Muhammad)

Thursday, September 8, 2016

9 Tempat Rahsia di Langkawi yang pelancong tidak tahu

9. Pemandangan Indah.
Pemandangan indah adalah satu lokasi yang jarang dikunjungi oleh pelancong. Namun tempat ini sering menjadi tarikan kepada orang tempatan Langkawi sendiri.  Pemandangan Padang Matsirat boleh dilihat dengan jelas dari lokasi ini. Tempat ini menjadi tumpuan pada setiap kali LIMA Langkawi dianjurkan. 

Lokasi: Puncak Bukit Indah (laluan ke Padang Matsirat)




8. Temurun Waterfall







7. Lubuk Semilang





6. Pantai Pasir Tengkorak



Pantai pasir tengkorak kurang diketahui oleh pelancong oleh kerana lokasinya yang jauh. Masa terbaik utk mengunjungi pantai ini adalah pada pagi hari (sunrise).  Tempat ini juga sesuai utk family day kerana pantainya yang luas dan kurang pelancong.

5. Puncak Gunung Mat Chincang
(Hiking)




Tempat ini dipromosikan dengan hebat namun tak semua orang ada kekuatan fizikal untuk sampai ke puncak. Masa mendaki mengambil masa 3 jam dan pendakian turun 3 jam. Perlu ada kekuatan fizikal dan masa paling kurang 7 jam untuk ekspidisi ini. Untuk keselamatan juga elok mendaki dalam kumpulan dan mengambil khidmat 'hiking guide'. 

Jalan mudah, beli saja tiket cable car utk menaiki gunung Mat Chincang. Tetapi semestinya pengalamannya tak sama jika mendaki sendiri.

4. Pekan Rabu Waterfront
(Esplanade)




Pekan rabu menjadi tarikan utama untuk orang Langkawi sendiri atas lokasinya dan pelbagai program yang dianjurkan di sini. 

3. Taman Permainan Kuah



Taman Permainan Kuah adalah satu tempat yang sering pengunjung terlepas pandang. Selain lokasinya yang luas dan percuma, tempat ini juga sering dikunjungi siang dan malam. Perkhidmatan seperti Roller blade dan bubbles dan reflexology juga disediakan pada hujung minggu.

2. Sunrise di Tanjung Rhu




Tempat ini kurang dikunjungi atas monopoli beberapa hotel dan penutupan jalan. Tetapi jika anda mencari anda akan jumpa tempat ini. Kelebihan tempat ini adalah jika air surut and boleh berjalan ke pulau seberang, tetapi kena berlari balik dengan cepat sebelum air pasang, jika tidak kena balik berenang.😊


1. Tambak (Wave breaker)


Tempat ini adalah tempat misteri untuk pelancong. Hanya orang tempatan sahaja akan datang untuk menikmati keindahan pemandangan dari jambatan hingga ke tengah laut. Jika anda ingin berjogging atau memancing tanpa menempah bot, inilah tempatnya. 

Namun atas lokasi yang misteri dan jalan yang tertutup, pengunjung hanya boleh datang dengan berjalan kaki. Ini bukanlah kawasan pelancongan dan risiko kecederaan adalah atas tanggungan sendiri.

Aktiviti: jogging dan memancing

Selamat bercuti!

Photos are taken from various blogs as stated in the watermark.