Al Falah Homestay (Padang Matsirat)

(Scroll Down For Articles)







Al Falah Homestay (Padang Matsirat)




Lokasi: Padang Matsirat. 5 minit dari airport. 15 minit dari pantai Chenang. 20 minit ke pekan Kuah (Jetty).

Unit available: 2 unit homestay.

Jumlah Bilik: Setiap unit ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Katil: setiap bilik ada 3 katil queen.

Check in: Selepas 2.00 petang.

Check out: sebelum 12.00 tengahari



Kelebihan

-Air cond untuk semua bilik tidur (3 bilik)

- Penyidai baju

-TV (Astro Njoi)

-Asas (Tuala, Sabun, Shampoo, toilet paper)

-Sejadah

-3 katil saiz queen yang selesa

-Dapur (Stove, Rice cooker)

-Iron +Ironing board

-1 Sofa Bed (Sofa bertukar jadi katil)

-Mesin basuh manual

- Peti ais


Yang tidak disediakan

-Wifi



0125393422 (Muhammad)

Wednesday, August 30, 2023

BUAH DONUT PEACH

Depa kata buah ni viral! 





Cuti sekolah baru ni, saja la pi naik Cameron Highland. Sekali sekala,kita ubah la sikit ambik angin atas gunung. Asyik dok kena sepoi sepoi angin laut ja kan.๐Ÿ˜ nak la juga rasa sejuk gedi sampai ke tulang๐Ÿ˜‚ 


Sampai kat sana,selain buah strawberry,kami nampak depa dok joi buah bulat ni. Comey macam donut. Tapi kulit lembut mcm baldu.

Pi kedai sana,depa joi buah ni. Pi kedai ni,depa joi ni. Pi kedai seberang pun depa dok joi buah ni. Ish.Tak boleh jadi.Nak kena try ni. 


Kami tryla beli sekotak. Konon2 nak rasa la. Ya la. Org joi tu kata sedap.Sekotak Rm20. Beli di Kg Taman Sedia.Ada yg joi rm25. Dalam tu ada 5 bijik. Cukupla.nak rasa ja. 


Wey, memang sedap! Manis melecaih.Bau wangi peach 

macam perfume yg hampa dok beli tu. Anak kami kata, awat buah ni bau mcm perfume?๐Ÿคฃ 


Hampa kalau jumpa buah ni,try la beli. Donut Peach.Memang sedap. Kalau ikut kotak tu, origin dr Spain. Bukan tanam kat cameron la nooo๐Ÿ˜๐Ÿ˜




Thursday, August 17, 2023

AL FALAH HOMESTAY LANGKAWI, KEDAH

 

        Kalau bercakap tentang bercuti di Kedah, pasti ramai yang terbayangkan Pulau Langkawi. Sebuah pulau yang indah dan mendamaikan. Menjadi tempat destinasi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara samada bercuti berdua atau bersama keluarga.

 




    Al Falah Homestay Langkawi merupakan homestay yang terletak di Padang Matsirat, Langkawi.

Berkonsepkan ala desa, Al Falah Homestay memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai suasana kampung di dalam pulau.  Berlatarbelakangkan suasana bukit dengan kicauan burung dan kokokan ayam pada waktu pagi, pengunjung pasti akan merasa kedamaian tinggal di pulau ini.

Pernah suatu ketika, sebuah keluarga terbang dari Kuala Lumpur untuk merayakan Aidilfitri disini semata-mata untuk merasai pengalaman berhari raya  di kampung. Seronok kan?

                           











        Selain itu, lokasinya sangat strategik. Al Falah Homestay terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Langkawi. Jaraknya hanya lebih kurang 3.5km sahaja. Jadi, tidak hairanlah sekiranya homestay ini selalu menjadi penginapan yang popular setiap kali berlangsungnya LIMA LANGKAWI. Tidak kurang juga ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu.

                            


  

        Homestay ini menyediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi keselesaan pengunjung yang datang terutamanya yang berkeluarga mahupun berkumpulan. Setiap bilik dilengkapi dengan aircond dan katil bersaiz Queen. Ruang tamu yang luas pasti memberi keselesaan kepada tetamu.

                               


                       


                                    


                   




Tempat memasak, alatan pinggan mangkuk dan peti ais juga disediakan. Malah, tempat BBQ juga disediakan untuk mereka yang ingin berbarbeque bersama keluarga. Jangan risau, Pasar Awam Ikan Padang Matsirat hanya 1.6km sahaja dari Al Falah Homestay. Pelbagai jenis seafood dijual seperti ikan, sotong, udang,ketam, kepah, siput,bronok dan bermacam-macam lagi. Ayam, daging lembu, daging kerbau, sayur-sayuran juga ada dijual. Semuanya segar-segar belaka!

 







        Pulau Langkawi bukan sahaja syurga membeli belah, malah syurga makanan. Di sekitar PadangMatsirat, terdapat pelbagai jenis kedai makanan yang menyajikan juadah yang sangat sedap!Halim Gp Gulai Panas Airport hanya 3km dari Al Falah Homestay. Selera Pak Deris dan Ikan bakar beras terbakar cuma  2.1 km. 

        Di tapak parking Beras Terbakar, pelbagai jenis makanan dijual terutamanya pada waktu pagi. Roti canai, karipap panas, nasi lemak, pelbagai kuih muih, pulut ayam semua ada.

        Kalau datang pada hari Ahad, pengunjung dapat berpeluang ke pasar malam di tapak berkenaan. Bermula dari 4 petang, mula lah riuh dengan orang ramai. Ayam goreng, somtam, kerabu maggi, miangkam, nasi kandar, nasi ayam, satay, ayam percik, kuih muih dan bermacam-macam lagi lah…boleh rambang mata dibuatnya. Semua rasa nak beli dan rasa…


Kalau tekak terasa nak makan pizza, Pizza Hut pun ada ya…2.4 km sahaja.

 

        Al Falah Homestay juga terletak tidak jauh dari tempat-tempat menarik di Langkawi. Pantai Chenang, Cable Car di Gunung Mat Chincang, Telaga Harbour Park, Makam Mahsuri, Underwater World dan bermacam lagi. Ya la….Pulau Langkawi bukan lah satu pulau yang amat besar. Satu hari pun sudah boleh pusing satu pulau.



        Sekiranya pengunjung berminat untuk menetap di Al FalahHomestay, anda boleh menghubungi nombor 0125393422 (Muhammad)       

atau http://wasap.my/60125393422/ALFALAHHOMESTAYLANGKAWI


Jom tempah sekarang sekarang dan rasai pengalaman yang menyeronokkan!