Kalau bercakap tentang bercuti di Kedah, pasti ramai yang
terbayangkan Pulau Langkawi. Sebuah pulau yang indah dan mendamaikan. Menjadi tempat
destinasi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara samada bercuti berdua atau bersama
keluarga.
Al Falah Homestay Langkawi merupakan homestay yang terletak
di Padang Matsirat, Langkawi.
Berkonsepkan ala desa, Al Falah Homestay memberi peluang
kepada pengunjung untuk merasai suasana kampung di dalam pulau. Berlatarbelakangkan suasana bukit dengan
kicauan burung dan kokokan ayam pada waktu pagi, pengunjung pasti akan merasa
kedamaian tinggal di pulau ini.
Pernah suatu ketika, sebuah keluarga terbang dari Kuala
Lumpur untuk merayakan Aidilfitri disini semata-mata untuk merasai pengalaman
berhari raya di kampung. Seronok kan?
Selain itu, lokasinya sangat strategik. Al Falah Homestay terletak
berdekatan dengan Lapangan Terbang Langkawi. Jaraknya hanya lebih kurang 3.5km sahaja.
Jadi, tidak hairanlah sekiranya homestay ini selalu menjadi penginapan yang
popular setiap kali berlangsungnya LIMA LANGKAWI. Tidak kurang juga ketika musim
cuti sekolah dan hujung minggu.
Homestay ini menyediakan 3 bilik tidur dan 2 bilik air bagi
keselesaan pengunjung yang datang terutamanya yang berkeluarga mahupun berkumpulan.
Setiap bilik dilengkapi dengan aircond dan katil bersaiz Queen. Ruang tamu yang
luas pasti memberi keselesaan kepada tetamu.
Tempat memasak, alatan pinggan mangkuk dan peti ais juga
disediakan. Malah, tempat BBQ juga disediakan untuk mereka yang ingin berbarbeque
bersama keluarga. Jangan risau, Pasar Awam Ikan Padang Matsirat hanya 1.6km
sahaja dari Al Falah Homestay. Pelbagai jenis seafood dijual seperti ikan,
sotong, udang,ketam, kepah, siput,bronok dan bermacam-macam lagi. Ayam, daging
lembu, daging kerbau, sayur-sayuran juga ada dijual. Semuanya segar-segar
belaka!
Pulau Langkawi bukan sahaja
syurga membeli belah, malah syurga makanan. Di sekitar PadangMatsirat, terdapat pelbagai jenis
kedai makanan yang menyajikan juadah yang sangat sedap!Halim Gp Gulai Panas Airport hanya
3km dari Al Falah Homestay. Selera Pak Deris dan Ikan bakar beras terbakar cuma
2.1 km.
Di tapak parking Beras Terbakar, pelbagai jenis makanan
dijual terutamanya pada waktu pagi. Roti canai, karipap panas, nasi lemak,
pelbagai kuih muih, pulut ayam semua ada.
Kalau datang pada hari Ahad, pengunjung dapat berpeluang ke
pasar malam di tapak berkenaan. Bermula dari 4 petang, mula lah riuh dengan
orang ramai. Ayam goreng, somtam, kerabu maggi, miangkam, nasi kandar, nasi
ayam, satay, ayam percik, kuih muih dan bermacam-macam lagi lah…boleh rambang
mata dibuatnya. Semua rasa nak beli dan rasa…
Kalau tekak terasa nak makan pizza, Pizza Hut pun ada ya…2.4
km sahaja.
Al Falah Homestay juga terletak tidak jauh dari tempat-tempat menarik di Langkawi. Pantai Chenang,
Cable Car di Gunung Mat Chincang, Telaga Harbour Park, Makam Mahsuri, Underwater World dan bermacam lagi. Ya la….Pulau Langkawi bukan lah satu pulau yang amat
besar. Satu hari pun sudah boleh pusing satu pulau.
Sekiranya pengunjung berminat untuk menetap di Al FalahHomestay, anda boleh menghubungi nombor 0125393422 (Muhammad)
atau http://wasap.my/60125393422/ALFALAHHOMESTAYLANGKAWI
Jom tempah sekarang
sekarang dan rasai pengalaman yang menyeronokkan!