Pantai pasir tengkorak kurang diketahui oleh pelancong oleh kerana lokasinya yang jauh. Masa terbaik utk mengunjungi pantai ini adalah pada pagi hari (sunrise). Tempat ini juga sesuai utk family day kerana pantainya yang luas dan kurang pelancong.
(Hiking)
Tempat ini dipromosikan dengan hebat namun tak semua orang ada kekuatan fizikal untuk sampai ke puncak. Masa mendaki mengambil masa 3 jam dan pendakian turun 3 jam. Perlu ada kekuatan fizikal dan masa paling kurang 7 jam untuk ekspidisi ini. Untuk keselamatan juga elok mendaki dalam kumpulan dan mengambil khidmat 'hiking guide'.
Jalan mudah, beli saja tiket cable car utk menaiki gunung Mat Chincang. Tetapi semestinya pengalamannya tak sama jika mendaki sendiri.
(Esplanade)
Pekan rabu menjadi tarikan utama untuk orang Langkawi sendiri atas lokasinya dan pelbagai program yang dianjurkan di sini.
Taman Permainan Kuah adalah satu tempat yang sering pengunjung terlepas pandang. Selain lokasinya yang luas dan percuma, tempat ini juga sering dikunjungi siang dan malam. Perkhidmatan seperti Roller blade dan bubbles dan reflexology juga disediakan pada hujung minggu.
Tempat ini kurang dikunjungi atas monopoli beberapa hotel dan penutupan jalan. Tetapi jika anda mencari anda akan jumpa tempat ini. Kelebihan tempat ini adalah jika air surut and boleh berjalan ke pulau seberang, tetapi kena berlari balik dengan cepat sebelum air pasang, jika tidak kena balik berenang.😊
Tempat ini adalah tempat misteri untuk pelancong. Hanya orang tempatan sahaja akan datang untuk menikmati keindahan pemandangan dari jambatan hingga ke tengah laut. Jika anda ingin berjogging atau memancing tanpa menempah bot, inilah tempatnya.
Namun atas lokasi yang misteri dan jalan yang tertutup, pengunjung hanya boleh datang dengan berjalan kaki. Ini bukanlah kawasan pelancongan dan risiko kecederaan adalah atas tanggungan sendiri.
Aktiviti: jogging dan memancing
Selamat bercuti!
No comments:
Post a Comment