Al Falah Homestay (Padang Matsirat)

(Scroll Down For Articles)







Al Falah Homestay (Padang Matsirat)



Harga: RM200 satu malam

Lokasi: Padang Matsirat. 5 minit dari airport. 15 minit dari pantai Chenang. 20 minit ke pekan Kuah (Jetty).

Unit available: 2 unit homestay.

Jumlah Bilik: Setiap unit ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Katil: setiap bilik ada 3 katil queen.

Check in: Selepas 2.00 petang.

Check out: sebelum 12.00 tengahari



Kelebihan

-Air cond untuk 2 bilik tidur (bilik ketiga tiada air cond)

- Penyidai baju

-TV (Astro Njoi)

-Asas (Tuala, Sabun, Shampoo, toilet paper)

-Sejadah

-3 katil saiz queen yang selesa

-Dapur (Stove, Rice cooker)

-Iron +Ironing board

-1 Sofa Bed (Sofa bertukar jadi katil)

-Mesin basuh manual

- Peti ais


Yang tidak disediakan

-Wifi



0125393422 (Muhammad)

Tuesday, November 10, 2015

Cara ke Langkawi



Post Original di sini 

Salam kawan-kawan, bila saya baca forum-forum dan blog sering orang bertanya, apakah cara atau bagaimanakah cara nak sampai ke Langkawi. Jadi hari ini saya nak bincang sikit tentang bagaimana caranya kita nak ke Pulau Langkawi. Destinasi terbaik di Malaysia.

Cara-caranya begini:
a) Kapal terbang
b) Feri

Kapal Terbang
Cara yang utama orang ke Langkawi adalah menggunakan Kapal Terbang. Langkawi ada LIA (Langkawi International Airport). Semua kapal terbang (Mas dan Air Asia) bertolak dari Kuala Lumpur atau Penang. Cuma pada hari rabu ada Kapal Terbang dari Switzerland terbang terus ke Langkawi.

Jadi untuk ke Langkawi menggunakan cara ini amat mudah. Sampainya di airport, selalunya ada perkhidmatan teksi. Perkhidmatan teksi ini selalunya destinasi satu hala RM20 (ke Chenang). Tetapi jika ingin berjimat, anda bolehlah menyewa kereta untuk dipandu sendiri mengikut kadar sewa harian. Al Falah Rental boleh uruskan kereta apabila turun sahaja di LIA ada orang siap menunggu dengan kereta yang ditempah. Tetapi kenalah tempah awal-awal terutamanya musim cuti sekolah jumlah kereta memang agak terhad.

Feri
Cara kedua untuk datang ke Langkawi adalah melalui jalan laut. Kalau datang ke Langkawi menggunakan perkhidmatan feri anda akan tiba di Jetty Point iaitu jetty penumpang utama di Langkawi. Kalau anda dari tanah besar(orang Langkawi panggil Malaysia "Tanah Besar"), anda boleh datang dari 3 destinasi yang berbeza. Kuala Perlis, Kuala Kedah dan juga Pulau Pinang.

Dari Kuala Perlis
Laluan Kuala Perlis adalah laluan terbaik untuk ke Langkawi. Laluan ini laluan terdekat ke Langkawi. Hanya 1 Jam di Dalam feri. Tidak berombak kuat kerana feri lalu di tepian pulau. Tiket pun paling murah takat saya menulis blog ini harganya masih RM18 satu hala. Jettynya bersih, ada terminal bas ekspress yang jarak jalan 5 minit sahaja dari jetty Kuala Perlis. Saya cadang kepada yang datang dari negeri lain melalui bas ekspress, belilah tiket terus ke Kuala Perlis. Jalan kaki sampai terus ke Jetty. JIMAT!

Dari Kuala Kedah
Laluan dari Kuala kedah adalah laluan kedua terbaik lepas Kuala Perlis. Laluan ini merentasi laut jadi agak beralun dan berombak. Maka ferry akan melompat-lompat sehingga kita boleh mabuk laut. perjalanan selama 1 jam 45 minit pula. Tiket semasa saya menulis blog harga RM23 satu hala. Jetty Kuala Kedah agak bersih tetapi bau kuala atau kampung nelayan memang busuk sedikit. Bau seperti ikan masin.

Dari Pulau Pinang
Ini Laluan ke tiga untuk ke Langkawi. Laluan ini jarang digunakan oleh orang tempatan. Kebanyakkan laluan ini digunakan oleh pelancong dari Pulau Pinang terus ke Langkawi tanpa perlu ke "Tanah Besar". Laluan ini saya rasa tidak berapa menyeronokkan kerana perjalanan adalah 4 jam 30 minit. Tiket RM40 satu hala. Feri mengambil laluan tengah laut, memang melompat-lompat bot pada hari yang mendung atau hujan. Bot dari Langkawi-Penang amat terhad, hanya 2 trip sahaja sehari. trip pertama pada awal-awal pagi. Trip kedua pada lewat-lewat petang. Jika ingin mengunakan laluan ini kena rancang dengan betul perjalanan.

Ingin Pos kereta ke Langkawi?
Selain dari ke langkawi dan sewa kereta, anda juga boleh datang ke Langkawi bersama kereta anda sendiri. Ada dua syarikat feri yang menawarkan khidmat membawa kereta ke Langkawi sekali dengan penumpang.

1) MyRORO - 049669881

Lokasi: Kuala perlis-langkawi
Masa: Masa menunggu feri (2 jam) +masa berlayar (2 jam) + masa turun feri (1 jam). Total : 5 jam
[Pernah berlaku sehingga 6-8 jam di dalam feri oleh kerana masalah kastam dan air pasang surut]

perkhidmatan ini membolehkan anda datang ke langkawi dengan kereta anda sendiri. Namun berbeza dari feri di Pulau Pinang, tempahan haruslah dibuat 4-5 hari lebih awal dari tarikh. Tempat selalunya terhad. Tapi ferinya selesa luas untuk seisi keluarga. Surau dan kantin disediakan.

Kesimpulannya cara mana untuk sampai pun insyallah selamat. Apabila sampai di Jetty point, anda boleh mendapat perkhidmatan teksi di kaunter teksi. Perkhidmatan teksi ini selalunya destinasi satu hala RM25 contohnya ke Chenang. Tetapi jika ingin berjimat, anda bolehlah menyewa kereta untuk dipandu sendiriAl Falah Rental boleh uruskan kereta apabila turun sahaja feri ada orang menunggu dengan kereta yang ditempah. Tapi kenalah tempah awal-awal terutamanya musim cuti sekolah kerana jumlah kereta memang agak terhad.


Hubungi Muhammad : 0125393422

No comments:

Post a Comment