Al Falah Homestay (Padang Matsirat)

(Scroll Down For Articles)







Al Falah Homestay (Padang Matsirat)



Harga: RM200 satu malam

Lokasi: Padang Matsirat. 5 minit dari airport. 15 minit dari pantai Chenang. 20 minit ke pekan Kuah (Jetty).

Unit available: 2 unit homestay.

Jumlah Bilik: Setiap unit ada 3 bilik tidur dan 2 bilik air.

Katil: setiap bilik ada 3 katil queen.

Check in: Selepas 2.00 petang.

Check out: sebelum 12.00 tengahari



Kelebihan

-Air cond untuk 2 bilik tidur (bilik ketiga tiada air cond)

- Penyidai baju

-TV (Astro Njoi)

-Asas (Tuala, Sabun, Shampoo, toilet paper)

-Sejadah

-3 katil saiz queen yang selesa

-Dapur (Stove, Rice cooker)

-Iron +Ironing board

-1 Sofa Bed (Sofa bertukar jadi katil)

-Mesin basuh manual

- Peti ais


Yang tidak disediakan

-Wifi



0125393422 (Muhammad)

Tuesday, November 10, 2015

Tempat Makan Menarik Langkawi

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan kongsikan top 10 tempat makan menarik di Langkawi. Tempat yang diberi ini berbeza dari segi harga, tapi di pilih sebagai top 10 kerana orang tempatan (orang langkawi) sendiri sering kunjungi tempat-tempat ini berkali-kali tanpa jemu.



10)                   Nasi Ayam Periuk Besar
Lokasi: berdekatan dengan Kamdar di Arked Perniagaan Langkawi
Waktu makan: Tengahari
Kelebihan: Nasi ayam sedap, servis laju.
Kekurangan: Kedai ramai orang dan sedikit sempit.
Nota: Nasi Ayam Periuk Besar memang tak perlu diperkenalkan lagi pada orang kedah kerana memang mempunyai rangkaian cawangan serata kedah. Tak pernah mengecewakan dari segi servis dan layanan. Tempat yang sesuai untuk makan jika ingin jimat masa.






9)   Nasi Dagang Pak Malau

Lokasi: berdekatan dengan Jalan ke Makam Mahsuri
Waktu makan: Sarapan Pagi
Kelebihan: Nasi dagang lauk kambing.
Kekurangan: Lokasi jauh dari Kuah.
Nota: Warung Nasi Dagang Pak Malau ni telah dijadikan warung rasmi untuk UNESCO Langkawi Geopark. Selain dari aktif bersama FLAG dan beberapa NGO, warung ini juga menampilkan imej rumah melayu lama yang unik. Sesuai untuk membawa pelancong luar Negara untuk sarapan pagi.





8) Attashooru

Lokasi: berdekatan dengan roundabout airport (Padang Matsirat)
Waktu makan: Sarapan Pagi
Kelebihan: Roti canai sedap, berdekatan dengan airport.
Kekurangan: Menu tak banyak.
Nota: Warung Attashooru bukanlah warung tempat tarikan pelancong. Namun ini adalah warung tempat kunjungan warga tempatan. Selain daripada mengenakan harga yang berpatutan, kedai ini juga memang menjamu roti canai yang sedap.




7)   Artisan Pizza

Lokasi: Pantai Chenang, Pekan Rabu (Kuah), dan Harbour Park. (3 cawangan)
Waktu makan: Makan tengahari dan makan malam.
Kelebihan: Cheesebake dan Nasi Beriani.
Kekurangan: Harga agak premium.
Nota: Restoran yang konsisten dan sedap.







6)   Kak Yah Kondo

Lokasi: berdekatan dengan SEGA ELEKTRIK, Jalan Trimula.
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Masakan Ala Thai sedap. Teh Tarik yang sedap.
Kekurangan: Kedai susah untuk dicari dan kedai yang kecil.
Nota: Makanan sedap dan selesa untuk keluarga kecil makan malam.






5)   Gulai Panas Teriang

Lokasi: Jalan Masjid Kuala Teriang
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Ikan segar boleh pilih untuk masakan gulai dan sambal.
Kekurangan: Hanya buka malam.
Nota: Makanan sedap dan selesa untuk keluarga kecil dan besar datang makan malam.






4)   HBL BAYAS (Makanan Lauk Tengahari)

Lokasi: Jalan Bayas
Waktu makan: Makan Tengahari
Kelebihan: Pilihan lauk beraneka jenis, ekonomikal, boleh tampung ramai orang. (3-4 bas serentak)
Kekurangan: Kedai yang agak ramai pada waktu kemuncak.
Nota: Makanan sedap, murah, kek dan makanan manis banyak pilihan berkualiti.





3)   Restoran Wan Thai
Lokasi: Arked Perniagaan Pokok Asam
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Masakan Thailand Istimewa. Tempat selesa, pekerja uniform kemas.
Kekurangan: Tidak boleh walk in. Perlu tempahan awal.
Nota: Makanan sedap. Servis memuaskan.







2)  EE Burger
 Lokasi: Jalan Trimula
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Masakan western, Burger, ais kacang, rojak buah.
Kekurangan: Kedai terselindung, Perlu tanya orang tempatan restoran ini.
Nota: Makanan sedap. Servis memuaskan. Harga berpatutan.







1)   Uncle Jai CafĂ©

 Lokasi: Pekan Kuah (Tepi Bangunan UMNO)
Waktu makan: Makan Malam
Kelebihan: Masakan western kualiti tinggi. Ruangan decor menarik. Kebersihan tahap A. Surau ada. Tandas ada. 
Kekurangan: Hanya buka malam.
Nota: Al Falah Rental berpendapat kedai ini perlu diketengahkan sebagai restoran terbaik atas pelbagai faktor. Selamat menjamu selera.





Photo: taken from various famous blogs as stated in the watermark.


Post original di sini



No comments:

Post a Comment